“Insurance business is about promises and trust. It is about delivering to the customer in times of need and if this cannot be imbibed in a professional neither him nor the industry will succeed.

Monday, April 20, 2015

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan @ claim PruBSN Takaful?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bagaimana cara untuk membuat tuntutan?

1- Claim Online (Bil dan Elaun)

Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN. Pemegang polisi hanya perlu menunjukkan medical card dan tidak perlu membayar bil terlebih dahulu.Tetapi  ia hanya akan berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). 

Jika pemegang polisi dimasukkan ke wad sebelum bulan ke 4, pemegang polisi perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada ejen PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).

Namun, sekiranya  pemegang polisi  dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Pastikan anda menunjukkan medical card anda di kaunter hospital panel dan maklumkan kepada ejen anda dengan segera. Ini bagi memastikan ejen tersebut dalam keadaan sedia jika berlaku apa-apa masalah.

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)

Sekiranya  pemegang polisi di masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, dia juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah  pemegang polisi boleh membuat tuntutan ke PruBSN.

Sila maklumkan kepada ejen , bagi membolehkan ejen menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)

Sekiranya majikan pemegang polisi menyediakan perlindungan perubatan , mereka boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada ejen anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

4- Claim Accident (Medical/ MC)

Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan pemegang polisi hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada ejen atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, ejen akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada ejen atau PruBSN.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)

Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.


[kutipan kata-kata dari https://mie8777.wordpress.com]

Sunday, April 19, 2015

Tempoh menunggu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa itu tempoh menunggu @ "Waiting Period"?

Sebaik sahaja polisi berkuat kuasa, semua manfaat tidak akan serta-merta dilindungi oleh PruBSN Takaful. Pemegang polisi harus melalui tempoh menunggu atau dikenali sebagai 'Waiting Period' sebelum semua manfaat dilindungi 100%.

Carta dibawah menunjukkan dengan jelas peringkat manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi bermula.

Pada bulan pertama, segala manfaat termasuk medical card anda masih tidak aktif kecuali jika anda terlibat dalam kemalangan.

Pada bulan kedua, segala manfaat anda sudah aktif kecuali medical card. Sekiranya anda dimasukkan ke dalam wad (selain 36 penyakit kritikal dan penyakit specifik), anda perlu membayar sendiri dan membuat tuntutan kemudian. Medical Card akan diaktifkan pada bulan keempat.

Pada bulan ketiga, manfaat 36 penyakit kritikal diaktifkan. Ini bermaksud jika anda didiagnos salah satu daripada 36 penyakit kritikal ini, anda layak untuk mendapat manfaat yang disediakan.

Pada bulan keempat, Medical Card anda akan diaktifkan. Ini bermaksud, jika anda dimasukkan kedalam wad dalam tempoh ini (selain dari penyakit specific), anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran kerana proses claim akan dibuat automatic daripada hospital ke PruBSN melalui sistem Hospital Alliance Services (HAS).

Jika anda di diagnos salah satu penyakit specific sebelum bulan kelima, anda tidak akan dilindungi oleh polisi ini. Penyakit specific itu termasuk :


  1. -Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
  2. -Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
  3. -Diabetes Mellitus
  4. -Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
  5. -Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
  6. -Hernia, buasir atau fistula
  7. -Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin





Thursday, April 16, 2015

PruBSN Rider HealthEnrich [Vital - Select - Advanced - Premier]

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apa itu HealthEnrich?


  • HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.
  • Pelan ini mempunyai 4 pelan yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan akses serta merta di salah satu panel hospital PruBSN.
  • Pelan tersebut ialah HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier.



Apa itu Ko-takaful?



  • Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana peserta akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat.
  • Jika anda memilih ko-takaful, anda perlu membayar 10% daripada kos rawatan dan selebihnya ditanggung oleh PruBSN (min RM400 dan max RM2000).
  • Kad perubatan yang tiada ko-takaful, 100% kos rawatan akan ditanggung oleh PruBSN.


Pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh HealthEnrich:



Manfaat-Manfaat yang ditawarkan oleh HealthEnrich Vital


Manfaat-Manfaat yang ditawarkan oleh HealthEnrich Select



Manfaat-manfaat yang ditawarkan oleh HealthEnrich Advanced



Manfaat-manfaat yang ditawarkan untuk HealthEnrich Premier


Apakah manfaat Organ Transplant?

Manfaat Organ Transplant adalah had seumur hidup tambahan apabila anda menjalani pembedahan buah pinggang,jantung,paru-paru,hati,tulang sumsum atau kornea.Had seumur hidup ini adalah had tambahan daripada had seumur hidup bagi HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier


Apakah kelebihan Rawatan Kanser dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang?

Anda boleh mendapatkan rawatan-rawatan seperti hemodialisis, radioterapi dan kemoterapi di hospital-hospital panel kami dengan menggunakan kad perubatan tanpa sebarang pembayaran ko-takaful. 


Apakah manfaat Pembedahan Harian?

Sama ada anda mengambil ko-takaful atau pun takaful penuh, manfaat ini memberi perlindungan penuh je atas kos pembedahan atau rawatan anda. Anda boleh menjalani rawatan-rawatan in sebagai pesakit luar tanpa perlu dimasukkan ke dalam wad.



[kutipan kata-kata dari prubsn.com.my]

Hubungi saya ditalian 011-27306504 untuk membuat temujanji anda!

PruBSN Link Series

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Saya nak terangkan serba sedikit berkenaan pelan-pelan yang ditawarkan oleh PruBSN Link Series. Ia terbahagi kepada 3 pelan mengikut had umur anda. Yang pasti, lagi muda anda melabur bersama kami, lagi berbaloi!




PruBSN FirstLink




  • PruBSN FirstLink adalah pelan sumbangan berkala berkaitan pelaburan (Investment link) yang memberi anda kebebasan mengubahsuai pelan anda bagi setiap peringkat kehidupan. 
  • Pelan ini sesuai jika anda berumur antara 19 tahun dan 25 tahun.
  • Tempoh matang boleh dipilih untuk mencapai umur 80 tahun atau 100 tahun.
  • Manfaat- manfaat unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui PruBSN FirstLink.





PruBSN SmartLink


  • PruBSN SmartLink adalah pelan sumbangan berkala berkaitan pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda.
  • Pelan ini adalah untuk anak dari umur 14 hari sehingga 18 tahun. Anda juga boleh mengambil pelan ini untuk anak didalam kandungan jika anda hamil lebih daripada 20 minggu(Rider Baby Care). 
  • Carta di bawah menunjukkan manfaat- manfaat untuk pelan-pelan ini:


  • Pelan ini adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.
  • Pelan ini juga memandang serius berkaitan menyumbang ke arah pendidikan anak-anak. Carta di bawah menunjukkan manfaat-manfaat ke arah pendidikan mereka:




PruBSN TakafulLink



  • PruBSN TakafulLink adalah pelan sumbangan berkala berkaitan pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 tahun atau 100 tahun.
  • Pelan ini adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 tahun dan 70 tahun.
  • Anda boleh menikmati manfaat- manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.



[kutipan kata-kata dari prubsn.com.my]

Jika ada sebarang kemushkilan, sila whatsapp atau hubungi saya terus di talian 011-27306504 [Nisa Kamaruddin]

Wednesday, April 15, 2015

Prudential BSN Takaful

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 



Mari kita tahu sedikit sebanyak tentang latar belakang pembekal Takaful paling unggul ini!




  • Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) ditubuhkan melalui gabungan Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

  • Prudential diasaskan pada tahun 1848 di United Kingdom.

  • Prudential mula bertapak di Malaysia lebih 80 tahun dahulu melalui Prudential Assurance.

  • BSN ditubuhkan pada tahun 1974 dan kini mempunyai 9 juta pemegang akaun.

  • Gabungan keduanya mewujudkan asas kukuh untuk PruBSN.

  • Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan menepati peraturan Sharriah bertaraf antarbangsa.

  • PruBSN merupakan pembekal Takaful yang pertama yang menawarkan pelan Takaful berkaitan pelaburan.

  • PruBSN merupakan pembekal Takaful yang pertama memulakan pelan perubatan yang menggunakan kad perubatan tanpa kerumitan.

  • PruBSN merupakan pembekal Takaful yang pertama menawarkan bonus tanpa tuntutan sehingga RM500 bagi pelan-pelan perubatan.

  • PruBSN merupakan pembekal Takaful pertama menawarkan tawaran peningkatan 5% di dalam jumlah yang dilindungi setiap tiga tahun melalui pelan pelindung tambahan.

  • PruBSN merupakan pembekal Takaful pertama menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan kewangan dan faedah rohani melalui PruBSN Ummah.


Di sini kita boleh lihat, gabungan dua syarikat kukuh ini mewujudkan peluang besar untuk PRUBSN mencapai perkembangan pesat di dalam industri Takaful di negara ini. Sekian.

[kutipan kata-kata dari prubsn.com.my]

Takaful dan Insurans konvensional?



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

Pengertian Takaful

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.


Perbezaan antara Takaful dan Insurans konvensional

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

1) Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

2) Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

3)Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

4) Perjalanan operasi
a.       Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.

b.       Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

c.       Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.

d.       Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

5) Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).





Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad alternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

[kutipan kata-kata dari https://ustazsaifudin.wordpress.com]