السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bagaimana cara untuk membuat tuntutan?
1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN. Pemegang polisi hanya perlu menunjukkan medical card dan tidak perlu membayar bil terlebih dahulu.Tetapi ia hanya akan berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card).
Jika pemegang polisi dimasukkan ke wad sebelum bulan ke 4, pemegang polisi perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada ejen PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Pastikan anda menunjukkan medical card anda di kaunter hospital panel dan maklumkan kepada ejen anda dengan segera. Ini bagi memastikan ejen tersebut dalam keadaan sedia jika berlaku apa-apa masalah.
2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya pemegang polisi di masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, dia juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah pemegang polisi boleh membuat tuntutan ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada ejen , bagi membolehkan ejen menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan pemegang polisi menyediakan perlindungan perubatan , mereka boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada ejen anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan pemegang polisi hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada ejen atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, ejen akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada ejen atau PruBSN.
6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
[kutipan kata-kata dari https://mie8777.wordpress.com]
No comments:
Post a Comment